Powered By Blogger

Sunday, July 25, 2010

Kerja Potong Memotong

Kihkih...rindu akan kerja lama ku memotong footage2 untuk di jadikan drama TV..ahakss.. di antaranya ialah:

-SUTUN KEMBALI LAGI
-RONA RONI MAKARONI
-MR. MAMA 2
-‘A’ UNTUK ABAH
-MERAH PUTEH
-INTAN SAYANG MANJA
-KONTRAK CINTA
-CINTA BALQIS
-TARI TIRANA
-TANYA SAMA HATI
-MAWI OH MAWI
-RAYA SI PRIMADONA
-MR. MAMA BERAYA
-ANNA MARIA
-DARI MATA KEHATI
-CINDERELLA BLUES
-KURNIA
-CIKGU BADAR
-TIUPAN SANGKAKALA
-NGOMPOL


*note: Ini semua ikut turutan ni...rasenye xde yang tertinggal kot..ahakss..

p/s: betul kate abang Ali.."kojo camni untuk orang dogil yo..."...ahakss...

Sebelum..selepas...huhh..!!!

Sebelum ape2 yang terjadi suatu ketika dulu, macam2 le..aku le yang terbaik..payah dah nak cari...aku loser..dapat aku..nasib baik..hahha...bende dah nak jadi...dulu macam2..itu ini itu ini, semua xdehal.. ok...tak kisah...ok je.. jenguk ok, xjenguk pun xdohal... kuar ok xkua pun xdohal...lepak ok, xlepak pun xdehal.. xyah kua la...membazir duit...buang duit... buang tebiat..aku nak kua...xyah..xnak kua..membazir...buang duit..ahakss...ari ni kua aku blanje...len kali kua, ko plak... kite gilir2 le..kalu nak atas kepale sorang, tokey siput pun bankrap...ari2 kua buang duit je..duit ade simpan..simpan..simpan..simpan...SIMPAN...sekali sekala boleh le..ahaks..lidah..pandai main kata2.. biasa la tu manusia...kentut wangi mulut manis aku yang terbaekk....!!! ahakss..!!!

Selepas ape2 yang terjadi suatu ketika dulu, macam2 le.. ngko ni knape? ape masalah ngko? ape ngko ni? ngko dah knape?..aku le dibandingkan...budak bandar budak kampung...bandar sangat ke aku? kampung sangat ke aku? IC aku bandar..IC aku kampung...cam mane bleh cakap camtu? aku naik serabut kalu bende gitu kua..serabut..xske dibanding2kan bende yang bukan nak menaikkan..tapi nak melahirkan..melahirkan satu ayat antara ayat yang xsedap dengar..dah pilih tu pilih lah..terima..buruk ke baik ke..ye..aku terima..tapi mulut je laa...aku dapat rase...dah puas ke setiang?..uisshhh..sudah...MANE..???!!!..macam x..kadang2 macam ye...aku rase bosan le dok je...nak kua..aku xnak kacau duit...kua sekali sekali..aku baru nak blaja jimat duit..alih2..kne marah... kene rungut..kentut... rasa bosan.. teman xde...kawan xde.. ok le kalu dapat kawan...xkisah le laki ke pompuan...mane kawan? aku nak berkawan...nak pg jalan..senang..xnyusah dah..xyah nyusahkan ngko yg kene amik..ape..ingat amik slame ni aku kua duit ke? aku xmintak smua tu..aku xmintak.. aku nak bende aku buat tu orang rase nikmatnye..rase nikmatnye..cume kadang2 aku pau..bukan saje pau..saje je..stakat banyak tu aku pau..rsenye xluak pun....x...x...ngko ungkit? dah kua ngko nak kua, ko blanje... ko nak ungkit?? silap..silap..bukan ungkit..aku xnak sesen pun duit ngko..tapi aku nak ngko hargai le...ape aku bagi, ape ngko dapat...rase...aku xrase... aku banyak bercakap..membebel...bukan untuk orang lain..untuk aku..untuk aku..untuk ngko..untuk ngko...cube pk..cube pekik...cube cubit..sedar dari mimpi..sedar dari ilusi..satu nikmat satu hikmat..itu yang dapat..bukan ilusi bukan mimpi namun realiti dan bukan fantasi...ape yang ade, itu yang hadap..kate dah pnah idup susah..ape macam? macam mana? sekejap ye sekejap x...macam mana? tolong lah..tolong...jangan...jangan...fikir le..fikir..jangan jadi bodoh...bukan kate orang bodoh..cume jangan jadi bodoh..jangan salah paham...aku tau mungkin salah aku tapi xde le perasan...kne tegur..dah cube ubah..cube dan cube..tapi..maklumbalasnye xade..dari dulu aku je lain...xubah pun..pelik..musykil..musykil...bongok,taik,bangang,barua,bingai,bodoh,bengap,lembab..aku rase dah kurang dah...xnampak...xpasyan...tau berdendam..cari point..cari point..asal aku cakap, ade je nak selit...bukan nak dengar cakap...budakk..macam budak2..macam aku...xdengar cakap..bodoh dah kene baru gagap..ahakss...

SEKIAN...

p/s: ini puisi jenis ape orang panggil ni..?? ahakss..

Monday, July 12, 2010

Maintenance Ninja Aku..

Uhuk2..

Insurance: RM 800 per year.
Roadtax: RM 50 per year.
Service: RM 200 per 3000km.
Tyre: RM 600 (rear)per 6@7 month.-Battlax 016 150/60
RM 400 (front) per 6@12 month. - Battlax 016 120/60
Chainlube: RM 60 per bottle (one session per week).
Petrol: RM 20 full tank for 3-4 days (ulang alik kerja).
Sebulan RM 60-80..kali dengan setahun lebih kurang RM 960.

setahun akan perabih dalam RM 3000.00... untuk maintenance motor ni je...

ini x masuk lagi 'installment' and kalau jadi ape2 lagi nih... itu baru nak maintance...

macam ni le gayenye, payah le cikit nak merase 600 and above..warghawarghawargha

Saturday, July 3, 2010

OverDraft & Income

CARA UNTUK MEMBUAT OVERDRAFT DENGAN ASB

1. Anda mesti ada mempunyai simpanan dalam ASB bersama dengan buku sekali

2. Dengan buku ASB tadi, anda perlu ke PNB atau cawangan PNB (bukan Maybank, RHB, CIMB - ni PNB punya agen) untuk menukarkan buku kepada sijil / certificate

3. Setelah ditukar kepada sijil, bawa sijil tersebut ke bank spt RHB, Maybank atau CIMB dan memohon untuk Overdraf bagi cagaran ASB (Ingat, ini bukan Loan ASB)
Pada masa ini RHB menawarkan kadar interest BLR+0 ; Maybank = BLR+0 dan CIMB = BLR-1

4. Kelulusan biasanya mengambil masa 3 hari hingga 2 minggu dan ini bergantung kepada bank masing-masing.

5. Selepas mendapat kelulusan, anda akan dipanggil untuk 'sign offer letter'.

6. Selepas anda mendapat 'offer letter', anda perlu menunggu lagi beberapa hari untuk bank mengeluarkan wang kedalam akaun semasa yg dibuka baru khas untuk OD.

7. Jika anda sudah mempunyai akaun saving dan kad atm; bolehlah memberitahu bank supaya menyelaras akaun OD dengan akaun tadi supaya menyenangkan anda mengeluarkan wang menggunakan ATM.

8. Apabiala sudah siap, anda bolehlah menggunakan OD mengikut perancangan yang anda fikirkan.

Semoga berjaya.




OVERDRAFT - MINIMA

Anda mempunyai wang simpanan sebanyak RM11K/RM12K. Dengan wang sebanyak ini sudah mencukupi untuk mendapatkan OD (Overdraft).Catatan saya sebelum ini adalah salah satu cara bagaimana mendapatkan RM11K/RM12K dengan cepat.

Bagaimana proses untuk mendapatkan fasiliti OD. Sayugia dimaklumkan bahawa OD bukan skim cepat kaya....... OD adalah tools yang membolehkan simpanan/pelaburan anda bertambah dengan lebih cepat.

Dimana anda hendak membuka akaun OD. Anda boleh memilih samada dengan Maybank, RHBank atau CIMBank. Margin pinjaman (margin of finance) dan kadar faedah (intrest rate) yang berbeza-beza bagi ketiga-tiga bank tersebut.

Bank || MOF || Intrest
Maybank || 95% || BLR-0%
RHBank || 95% || BLR-1%
CIMBank || 90% || BLR-1.65%

BLR ialah kadar faedah yang dikeluarkan oleh BNM. BLR sekarang ialah 5.8%pa (Mei 2010). Ini bermakna kadar faedah OD bagi bank-bank tersebut seperti dibawah:

Maybank - 5.8%-0% = 5.8%pa
RHBank - 5.8%-1% = 4.8%pa
CIMBank - 5.8%-1.65% = 4.15%pa

Sijil ASB adalah sebagai cagaran kepada jumlah pinjaman (melalui OD). Minima jumlah pinjaman oleh bank ialah sebanyak RM10K. Dengan margin pinjaman 95%, cagaran yang diperlukan ialah sebanyak RM11K, untuk margin pinjaman 90% memerlukan cagaran RM12K. Terpulang kepada anda samada memilih margin pinjaman yang tinggi (95%) dengan kadar faedah yang tinggi (BLR-0% atau BLR-1%); atau margin pinjaman yang rendah (90%) dengan kadar faedah yang rendah (BLR-1.65%)

Apa perlu and buat dengan sejumlah wang seperti diatas:

1. Wang sebanyak RM11K/RM12K dimasukkan dalam ASB, atau sudah berada dalam akaun ASB

2. Bawa buku akaun ASB ke cawangan PNB yang berhampiran untuk urusan penukaran bentuk dari buku kepada sijil ASB

3. Ambil nombor giliran, isi borang penukaran bentuk.... apabila nombor giliran anda dipanggil, sila kekaunter berkenaan > proses ini hanya beberapa minit sahaja. Bayaran sebanyak RM10 dikenakan keatas satu sijil. Buku pelaburan berserta sijil ASB akan diserahkan kepada anda. Nilai sijil ASB anda RM11K/RM12K (jumlah ini adalah sama dengan jumlah yang anda tuliskan dalam borang penukaran bentuk). Jumlah didalam buku ASB anda akan berkurangan sama dengan sijil ASB

4. Bawa sijil ASB, buku ASB dan kad pengenalan ke bank pilihan anda untuk memohon fasiliti OD /ASB. Sebelum itu sila sediakan fotokopi ketiga-tiga diatas (sijil, buku, K/P). Anda diminta mengisi borang permohonan. Bank akan mengambil fotokopi diatas. Permohonan selesai. Tunggu 1 ke 2 minggu untuk kelulusan.

5. Jika lulus, anda akan dihubungi oleh bank. Sila bawa sijil ASB (asal) untuk diserahkan kepada bank. Sijil ASB ini akan diendose oleh PNB sebagai cagaran. Bayaran mengendose sebanyak RM100. Anda diminta membuka akaun semasa (currence akaun), bayarannya bergantung kepada bank. Anda akan mendapat akaun semasa, buku cek dan ATM kad.

6. Tunggu 3 ke 4 minggu sehingga wang masuk ke akaun OD anda. Setelah wang masuk ke akaun OD.... bermulalah era berOD....

Selamat berOD....






OVERDRAFT 1ST PART
Nie aku dapat dari web mengenai OD nie... aku pun baru dgr ceramah tadik... tapi ongkosnyer takder lagik nak wat OD... mmg menarik... tapi paham betul2 sebelum menceburi mende nie... BUKAN SENANG NAK SENANG... hehe... Cuba try test la... good luck..

Pengurusan Keewangan yg Betul

Assalamualaikum semua...

Aku dok perati kat sini byk sgt orang dok offer loan....macam2 jenis loan dan ramai plak yg berminat. Ni menunjukkan ramai yg tak cukup duit kat sini.
Macamana pun, tu hak enko org kan....nak apply loan ke tidak, sendiri apply...sendiri bayar...kan...kan...kan!!!
Tujuan aku bukak thread nie bukan nak suruh or larang enko org apply loan, tapi aku nak bagitau enko org cara enko org nak menggunakan duit loan tu agar proses pembayaran balik nanti setidak2nya kurang membebankan...

Steps nya:

1) Dapat duit loan tu nanti, enko org belilah ASB (jgn tinggal 1 senpon baki duit loan tu melainkan ASBBBB kesemuanya...hehheee)

2) Ko org pergi pejabat PNB (Kalau KL, kat Jln Tun Razak), tukarkan ASB ko org tu ker Sijil ASB (10min tak sampai proses tukar ke sijil ni....jgn lupa bwk buku ASB)

3) Ko org bwk sijil tu pergi ke bank (RHB recommended coz %rate rendah) then apply OverDraft Facility (OD). Biasanya proses kelulusan OD ni mengambil masa 2minggu (CTOS and CRIS tak boleh, application kene reject nanti). RHB akan offer 95% drp jumlah sijil ASB ko org (OD limit-maksudnya duit yg ko org boleh pakai dari OD tu-eg: Kalau sijil ASB ko org bernilai RM100K, so OD limit ko org nanti RM95k...ada pahammm??)

4)Slepas OD ko org tu approved, ko org akan dapat a)ATM card, b)DotCom Card <---utk internet banking-macam kat EMO duluuu, dan c)Cheque book

5) Dah dapat semua nie....pakailah duit2 ko org tu. Kelebihan kat sini, selain ko org boleh pakai duit loan tu buat bayar/belanja suka2 ati ko org....by year end ko org akan dapat dividen ASB (sebab ko org ada sijil....walaupon sijil tu bank pegang, tapi dividen tu tetap ko org dpt). Sbab OD interest ni cuma BLR + 0 'daily rest'(yg RHB offer skrg nie, kalau tak silap aku ahhh....nak tahu lagi, tanya RHB). Makna nya kalau ko org pakai habis duit dari OD tu pada hari pertama ko org dpt OD, interest charge yg ko org kene cuma RM6,750 (BLR=6.75) selama setahun, tapi dividen ASB ko org akan dapat RM10,000 (assume 10% per year)....so, simple calculation camni pon ko org dah untunggg....

6) next stepp...nanti ahh, penat!!

aku buat menda2 ni dah lama....hasilnya at least 40% dari nett salary aku leh buat saving disamping utang2 rumah, kete, moto, creditcard....semua setel b4 gaji aku masuk lagi....semua duit poket aku pon....aku cucuk dari OD nie...pendek kata semua OD lah

ok...next time aku sambung, ada lagi step2 nya....nak kene tie ngan cara penggunaan creditcard jugak....

OVERDRAFT 2ND PART
Okk….aku sambung steps seterusnya, sorry kalau bahasa tak brapa bagus, sebab skolah tak tinggi!
Seperti yg aku cakap kat step No 5 tu, ko org pakailah duit OD tu sebagaimana niat/hasrat ko org masa nak ambik loan hari tu….terserah, sebab tu duit ko org!

6) Ko org kene check betul2 segala due date hutang2 ko org (hutang rumah, kereta, creditcard, loans etc). Dah confirm semua due dates tu, ko org pastikan semua payment tu diselesaikan sebelum atau pada hari due date tu dengan menggunakan samada duit cash (yg dicucuk dari OD) ataupun guna cek (dah ada buku cek kannn..) Contohnya, katakan semua due date hutang2 ko org tu pada 30hb (jarang semua due date sama), so ko org kene bayar hutang2 tu pada 30hb (jika pakai cash) dan pada 27hb (jika pakai cek)….ada pahamm??

7) Selepas semua hutang2 bulanan tu dah setel, ko org kene masukkan pulak duit2income ko org ke dalam account OD tu (OD ni sebenarnya Current Account) sehari selepas itu iaitu pada 1hb (utk meminimumkan interest charges).

8) Di antara tarikh 1hb sehingga 7hb (the best date pd 7hb… jgn tanya kenapa!), ko org mesti mengeluarkan at least 30% dari nett monthly income (kalau gaji rm1k, draw rm300) dari OD tu sebagai ko org punya monthly saving dgn cara membeli ASB lagi (yg ni jgn tukar ke sijil). Sebenarnya untuk menentukan berapa byk saving yg ko org boleh buat setiap bulan memerlukan kaedah pengiraan yg agak komplek yg mana aku rasa susah nak cerita kat sini…nak tahu jugak detailsnya, ada pengerasnya dong!! Tapi ko org tak payah ler tahu…cukup dgn 30% tu .

9) Kalau ko org ikut steps 5 to 8 tu betul2, insyaAllah hutang2 bulanan ko org semua boleh setel dan pada masa yang sama ko org akan ada fixed monthly saving. Aku bagi contohlah…let say;
a) Ko org ada ASB cert sebanyak RM100K, jadi OD ko org cuma RM95K.
b) Gaji bersih ko org RM3000 (ldlm payslip - lepas tolak epf & incometax)
c) Jumlah hutang bulanan ko org RM2000
d) Duit belanja dapur, poket, makan etc RM1000
skrg ko org just break even or kais pagi makan pagi….imposible utk buat saving kann??
e) So setiap bulan ko org hanya menggunakan +-RM1000 sahaja dari duit OD ko org yg berjumlah RM95K tu utk dibuat saving.(actually lagi besar OD ko org, lagi banyak monthly saving yg ko org boleh buat)
f) Untuk bulan seterusnya jumlah OD ko org akan berkurang kepada RM94K…tapi jumlah ASB ko org semakin bertambah setiap bulan….kan?kan?. Interest yg dikenakan adalah terlalu minima, iaitu 6.75 (BLR) per annum (coz of daily rest)
Gunalah OD tu sampai ko org mampussss…

10) utk memaksimumkan lagi cara penggunaan OD ni, ko org MESTI guna credit cardand the best cc in the market is BankIslam (aku pernah cakap kat thread cc bankislam ari tu..). Tapi aku dengar skrg ni, ct bank ada offer baguss punya cc…boleh cash withdraw without charges. Kalau bankislam….setiap rm1000 ko org wdraw kene cas rm12.


WITHDRAW
Withdraw cash dari cc tu pada 24hb sahaja....hari lain, TIDAK DIBENARKAN. Masukkan duit tu ke acc OD pada hari dan waktu yg sama dgn ko org masukkan duit gaji bulanan ke OD...kumpul skali, jadik mcm site income ahh nieee....Duit2 dari internet nie...ko org nak masukkan ke acc OD pon bolehh....kalau masukkan ke acc aku pon.....lagiii lahhh bolehh
Subtitle: Camna pulak utk perbelanjaan harian, beli rokok, tehtarik, duit poket etc??
Pengiraan ni (dan yg sebelumnya pun) ko org kena kira utk seisi keluarga…kay!
Utk tentukan brapa jumlah cash yg ko org boleh withdraw dari OD...kena buat kira2 sikit. 1st sekali ko org kene list kan jumlah perbelanjaaan bulanan dengan utk perkara2 di bwh. Sebab sebelum ni ko org tak pernah catat perbelanjaan ko org, so aku rasa ko org kena agak2 sebaik mungkin.

1) Wang Saku (termasuk wang saku utk wife, esp kalau wife kerja)
Belanja harian…breakfast, lunch, rokok, dinner, topup hp, kedaimamak, gula2 etc

2) Perbelanjaan Pembelajaran
yuran anak2 skolah, buku2, majalah, newspaper

3) Servis kereta/motor/beskal/bot
Ambik average….sebulan brape, takkan tiap2 bulan tukar enjin kott??? Utk insuran tahunan dan roadtax…tak payah kira…sampai masa, blasah duit OD!

4) Peralatan computer/gadget
Ko org agak2 sendiri ah, apa yg termasuk dlm nie….

5) Derma/Sumbangan/Jariah
Sendiri mau ingat….esp musim2 cuti skolah nie, byk org kawinn

6) Perbelanjaan gigi dan mata…
Normally opis tak cover benda2 nie….sapa yg pakai lens tu, sila masukkan dlm budget nie.

Wednesday, June 30, 2010

MacBook Pro 17"





RM 7,499.00

17-inch

2.53GHz Intel Core i5 processor

500GB 5400-rpm hard drive

ExpressCard/34 slot

Built-in battery (8-9 hour)2

Intel HD Graphics

NVIDIA GeForce GT 330M graphics processor with 512MB GDDR3 memory

Tuesday, June 22, 2010

Hari Raya Kedua 2009

Dua orang mamat buat hal hari raya kedua tahun 2009... bosan tak ada buat apa di rumah, kami berdua pergi berjalan jalan di Cameron Highland, Pahang Darul Makmur.. Bertolak pagi raya kedua, dan pulang ke rumah pada hari raya ke tiga... Bermacam pengalaman... paling bahaya, 2 kali kereta 'blocking' masa lebuhraya sesak kat PLUS semasa otw balik KL.. masa tu kelajuan tidak lah selaju mana pun.. lebih kurang 160km/j dan nasib baik sempat brek... Kalau tak, nahas... tak hospital Slim River, hospital Sungai Buloh... bodoh punye kete.. moto dah pakai lampu "high beam" pun, takkan tak nampak... itu bermakna, pemandu kereta itu tidak pikir langsung pasal motosikal yang lalu di antara mereka.. suka suki je masuk...

20 Mac 2010 (Sabtu)


Hari yang boleh nak kate bersejarah jugak la... tak pernah pernah aku buat, akhirnya aku buat gak... aku bertunang daa..